Menutup aurat itu PENTING!
Saturday, February 23, 2013 | 2/23/2013 09:53:00 PM | 0 Ask
In the name of Allah,the Most Gracious and the Most Merciful.
Assalamualaikum Warrahmatullahi Wabarakatuh.
Syukur ke hadrat Ilahi,qira dapat buat entry baru pada harini.Alhamdulillah :D
Dan terima kasih sekali lagi kepada yang sudi baca dan terjah-terjah blog kesayangan qira ni ^^
Ok,harini qira nak sentuh sikit pasal Aurat.Untuk entry kali ni,qira nak lebihkan kepada aurat wanita sebab aurat wanita ni lebih penting kan?Yelah,cuba tengok kat luar sana,ramainya wanita-wanita Islam yang berpakaian seperti bukan Islam.Sedih sangat bila kita tengok :'(
Menutup aurat itu penting.Menutup aurat salah satu perintah daripada Allah SWT kepada kita,hambaNya.
Hawa,kita tahu kan aurat itu penting tapi kenapa kita tetap membuka aurat?Cuba bayangkan kaum wanita sangat senang nak masuk ke syurga tetapi kenapa Rasulullah SAW lihat ramai sangat kaum wanita di neraka?Sedar tak dengan hanya menunjuk aurat,dengan automatiknya nama kita tersenarai dalam salah satu nama penghuni neraka?Tak takut ke?Azab neraka itu sangat menakutkan.Bayangkan minyak masak yg panas kena kita pun dah sakit sangat-sangat,nikan neraka yg sangat sinonim dengan api.Bertaubatlah hawa.
Masih belum terlambat untuk kita bertaubat kepadaNya.Allah menerima taubat yang ikhlas.Taubat bukan kerana terpaksa.Ingat!
Walaupun sudah ramai hawa yang berubah dan menutup aurat.Cuba fikir aurat itu benar-benar ditutup?Adakah awak pakai turban,baju ketat,tudung tak menutupi dada,jeans ketat dan tak memakai stoking?Kalau YA,qira nak cakap kat sini,itu bukan MENUTUP aurat tapi MEMBALUT aurat.Aurat perlu ditutup bukan diBALUT.Faham?Ingatlah wahai hawa,menutup aurat yang sempurna itu,jika kita dapat solat tanpa bertelekung.Pakaian kita itu boleh digunakan untuk solat.Itu baru betul menutup aurat tau! ;)
Tapi kalau TIDAK?Alhamdulillah qira ucapkan kepada awak.Awak dah berjaya dari segi menutup aurat dengan sempurna ni dan qira berdoa agar awak sentiasa tetapkan pendirian awak ya?Setiap manusia pasti akan diuji keimanannya.Jadi qira nak awak tetap tabah menghadapi ujianNya.
Ok,biar qira kongsi satu gambar yang menunjukkan cara betul bagi seorang hawa menutup aurat dengan sempurna. :)
Haaa,dah tengok?Itulah cara sebenar menutup aurat dengan sempurna.SubhanAllah,lawa kan?Sopan sangat :') Ok cuba tengok gambar bawah ni pulak ye ;)
Okay,nampak tak?Itu bukan menutup aurat tapi membalut aurat.Now dah faham?Kalau kita menutup aurat dengan sempurna,kita akan dipandang mulia malah Allah pun sayang <3
Kalau kita membalut aurat,kita tetap menjadi tumpuan lelaki ajnabi,adakah ini dipanggil menutup aurat?Jadi berubahlah wahai hawaku sayang :')
Bukankah lawa jika kita menutup aurat?Nampak sopan saja kan?Orang nak tengok pun malu-malu,sampai kekadang ada yang tersentuh hati nak berubah.Jangan nak hiraukan cakap orang sangat.Dress to please Allah not to please His creation remember? And Hijab is so much more than just COVERING your HAIR.It also means to cover your modesty.How pity on the brothers,don't be a trial for them ;)
Semoga apa yang disampaikan dapat menyedarkan sesetengah hawa yang ingin berubah.Ingatlah kita berubah kerana Allah SWT bukan kerana nak orang puji-puji kita.Tau?Minta maaf jika ada salah silap,kita sama-sama belajar dan berusaha untuk berubah.
Assalamualaikum Warrahmatullahi Wabarakatuh.
Amin.
sumber:google.



.jpg)
.jpg)

