Mrs.Suho



 Love(s) Me ♥




Couple itu HARAM?
Wednesday, February 27, 2013 | 2/27/2013 06:03:00 PM | 2 Ask
In the name of Allah,the Most Gracious and the Most Merciful.
Assalamualaikum Warrahmatullahi Wabarakatuh.

Syukur ke hadrat Ilahi,qira dapat buat entry ketiga hari ni.Alhamdulillah :D
Hari ni kita bincangkan topik tentang couple itu Haram pulak okay? ;)
 Kenapa kita still buat yang haram dan abaikan yang halal?
Sedar tak bahawa sesuatu yang membawa kepada yang haram,maka ia juga menjadi haram?

Okay,kita tekankan tentang couple ni sebab dah terbukti masih ramai yang kat luar sana asyik bercouple dengan bf/gf walaupun kita tau benda tu haram.Mesti ramai yang sudah bergelar "bf" or "gf" orang ni akan tak puas hati dengan isu ni.Takpa kita baca dulu orite ;)
Haaa jengjengjeng! xD

Nak tau tak sebab apa COUPLE ni Haram?Fikir cepat...apa?Haa,mesti ramai akan jawab taktau kan?Ada jugak yang akan jawab sebab takda istilah "COUPLE" dalam Islam.Betul tak? Okay benda tu memang boleh diterima tapi ada lagi sebab-sebab lain yang menyebabkan couple ni Haram.Mungkin ramai yang dah tahu,takpa boleh tekan close :) tapi kepada yang tak tahu dan nak tahu,mari dekat,rapat-rapat.Biar qira cerita satu by satu. Eceh BI ;p

Sebab Pertama:Tidak Mempunyai Niat Yang Baik Atau Sebaliknya.
Tak faham?Rileks,tenang.Biar qira huraikan sikit ye,biar awak semua faham dengan lebih dalam lagi ^^
Maksudnya ialah kita ber"couple" ni hanya untuk suka-suka.,ikut kawan atau hanya untuk berhibur.Haa ni lah yang menyebabkan couple tu haram.Kalau awak couple dengan tujuan nak mengahwininya itu takpa tapi janganlah lelama sangat,boleh mendatangkan fitnah dan dosa.Jadi yang berniat nak kahwin dengan pasangan bf/gf anda ni cepat-cepatlah masuk meminang.Takut nanti menambahkan dosa kita kan?Lagipun tak takut ke kalau bakal suami/isteri disambar orang.Eh? ;p

Sebab Kedua:Tidak Melampaui Syariat Agama.
Okay mcm ni.Bila kita couple ni konfem lah kita akan keluar "dating" , "shopping" "makan" bersama bf/gf dan sewaktu dengannya lah kan?Haa,ni yang haram ni!Kan boleh menimbulkan fitnah dan dosa.Bayangkan waktu tengah dating tetiba syaitan datang menghasut.Kan dah boleh timbulkan maksiat?Sebab?Perhubungan bebas antara lelaki dengan wanita,syaitan ni akan menghasut sampai iman kita goyah.Sampai termakan dengan hasutannya.Jadi kuatkan iman anda,sahabatku!Tak takut ke?Dah buat dosa keluar dating pastu dosa maksiat pulak,dosa aurat tak jaga lagi.Mak aih banyaknya dosa kita kumpul dalam satu hari ;(

Sebab Ketiga:Menjatuhkan Maruah Seorang Wanita.
Isu ni nak tekan dengan lebih sikit.Sebab?Sebab isu ni menyebabkan kaum Hawa.Cuba bayangkan kalau kita jadi gf orang kan?Kita mesti keluar dating,tak ingat ke masa tu mesti mak and ayah risaukan kita.Mesti orang ramai akan mempersoalkan maruah seorang muslimah.Ada yang akan berprasangka buruk sehingga menyebabkan maruah Hawa jatuh.Ada jugak sampai mengadu dekat mak ayah kita yang kita ni suka merayau dengan lelaki.Malu tak?Time tu nak malu memang tak jadi apa Hawaku walaupun belum jadi apa-apa pada kita.Bukankah Islam mementingkan maruah wanita?Ingatlah masih belum terlambat untuk bertaubat.Pintu taubat sentiasa terbuka selagi kita masih hidup ;)

Sebab Keempat/Terakhir:Membazirkan Wang Dan Membuang Masa Kepada Perkara Yang Tidak Wajar.
Ehem,bab yang ni mesti ramai dah faham kan?Kalau kita couple,otomatiklah kita akan bazir wang kita semata-mata nak topup sebab takut kalau tak mesej bf/gf dorang merajuk.Huish ruginya kita.Buang masa,tenaga dan wang kepada orang yang bukan muhrim kita.Lebih baik solat sunat ke,berzikir atau baca Al-Quran ke?Haa kan dapat pahala gituu :D
Cuba kita kirakan balik waktu dan wang yang kita buang untuk mereka tuu?Mesti dah cukup nak buat  duit tabung untuk masa depan kita kan?Masa yang terbuang bolehlah kita baca buku or buat benda-benda yang berfaedah ;D

Fuhh,penat menaip.Semoga memberi manfaat kepada kita semua.Ingat ye sahabatku couple itu dosa dan haram.Kepada yang masih muda dan yang baru nak masuk sekolah menengah ni,qira larang sama sekali korang couple.Bukan nak menyibuk atau kongkong.Tapi untuk kebaikan jugak.Nanti dah besar sikit,korang sendiri akan rasa ruginya aku couple dulu-dulu tu dahlah haram lepastu dosa,buang masa,bazir wang.Wahwah rugi,rugi,rugi!Panjang pulak berleter ;p

Terima Kasih sudi meluangkan masa anda disini.
Assalamualaikum Warrahmatullahi Wabarakatuh.
Amin.