Mrs.Suho



 Love(s) Me ♥




Cerpen panjang.
Saturday, June 1, 2013 | 6/01/2013 05:52:00 AM | 1 Ask
In the name of Allah, the Most Gracious and the Most Merciful.
Assalamualaikum Warrahmatullahi Wabarakatuh.

Hai guys. today qira nak story mory sikit. Just cerpen yang comel lagi pendek ;)
Hope you guys like it. In sha Allah.
Tengah bosan time time ni. Terasa nak menaip pulak. Emm :)



Nama aku Choi An dan berumur 26 tahun. Aku seorang kristian.Aku tinggal di Kampung Semenyih.Kampung yang sangat terkenal dengan perempuan seksi.Sebab tulah aku banyak gf. Keliling pinggang. Tapi aku bukan suka sangat gf aku ni. Aku cuma suka tengok pakaian dia saja. Heheh.  Sapa tak suka tengok perempuan seksi kan? 

Suatu hari,aku ternampak sorang perempuan ni. Aku terasa sesuatu. Aku taktahu kenapa,aku seperti pernah melihat dia. Aku seperti mengenali wajah itu. Aku cuba fikir dan fikir dengan lebih mendalam. Ternyata perempuan itu pernah masuk dalam mimpi aku suatu ketika dahulu. Ketika aku baru berganjak ke arah remaja matang.Aku terharu melihat wanita itu. Wajahnya yang suci membuatkan aku lupa segala masalah hidupku. Aku lupa tentang gf ku. Tapi apa yang aku pelik ialah aku tertarik sangat dengan cara pemakaiannya yang amat menjaga tatatertib seorang wanita muslim.Sempurna sekali dimataku. Dengan tudung labuhnya,jubahnya,handsocknya,stokingnya. Terdetik dihatiku ingin mengenalinya. Setiap kali aku terpandang dia,pasti dia berada di hujung tasik sambil memegang tasbih serta sebuah kitab. Aku tersentuh. Aku terasa sesuatu di dalam hati aku tapi aku tidak mengerti apakah itu.

Petang itu, aku beranikan diri menegurnya. Aku terkilan kerana dia tidak menyapa malah lekas berlalu pergi. Aku terbayang, adakah dia berlalu pergi kerana aku bukan Islam? Aku malu.  Aku tidak mengerti. Salahkah perbuatanku? Setelah itu, aku cuba berjumpa ustaz kenalan ayahku dan mengenali Islam dengan lebih mendalam.SubhanAllah. Allah itu Maha Besar, Maha Penyayang dan Maha Esa. Aku mula mendekati Islam dan mendapati Islam merupakan agama yang sangat indah. Aku bersyukur. Aku mengucap. Alhamdulillah. Aku Islam dengan sah. Namaku bertukar menjadi Muhammad Choi Bin Abdullah. Aku terasa hidayah Allah itu sangat dekat denganku. Aku terasa diriku sangat hina kerana dilahirkan bukan Islam. Tetapi ustaz pernah berkata,seseorang mualaf itu seperti bayi kecil yang baru lahir tanpa dosa. SubhanAllah. Aku sangat terharu. Betapa indahnya Islam yang pernah aku caci sebelum ini. Rahsia Allah siapa tahu? Ternyata ustaz itu ayah kepada muslimah tersebut. Aku bersyukur sekali lagi. 

Ustaz Furqan Amin memperkenalkan aku dengan gadis muslimah tersebut, Siti Nur Aisyah. Allahu Akbar. Sungguh merdu suaranya,sungguh ayu namanya. Aku mula berdoa agar Allah sentiasa mengampuni dosaku dan menjadikan dia jodohku. Aku bersyukur Allah kurniakan aku nikmat dan rezeki walaupun aku pernah menjadi orang bukan Islam. Aku selalu doakan supaya Allah tundukkan pandanganku agar melihat wanita-wanita yang tidak menutup aurat dengan sempurna. Sekarang baru aku faham, mengapa wanita perlu menutup aurat,mengapa khinzir dan arak itu haram serta mengapa lelaki ajnabi diharamkan memegang wanita Islam. 

Aku ingat lagi, pada 25 Februari itu, aku bersama rombonganku mengikut adat Melayu,pergi meminang gadis muslimah itu. Aku sangat gugup tapi aku redha dengan apa sahaja jawapan yang bakal aku terima. Aku beranikan diri meminta imam di masjid agar membantu aku meminangnya kerana ibu bapaku bukan Islam dan mereka berasa tidak selesa melakukan hal seperti itu.

Sujud syukur. Hanya itu mampu ku buat beberapa kali. Aku terlalu bersyukur. Ternyata Allah makbulkan doa aku. Dialah jodohku. Dialah yang bakal menjadi ibu kepada anak-anakku. Dialah yang bakal menjadi cinta hatiku semur hidupku,Siti Nur Aisyah Binti Furqan Amin. Mendengar namanya sahaja aku sudah menjadi terharu dan sebak,apatah lagi dapat melihatnya serta menjadikan dia yang halal disisiku. Setelah selesai nikah pada 22 Mac, aku mula memberitahu segala isi hati yang aku pendam selama ini begitu juga dia. Isteriku mengaku bahawa dia juga pernah bermimpiku lalu sangat terkejut kerana akulah lelaki yang menyapanya di pinggir tasik itu.

3 tahun berlalu,aku sudah memiliki 2 orang anak. Aku berharap dapat hidup dengan keluargaku sehingga ke syurga. Aku bersyukur kerana Allah menyayangiku,maka Dia memberikan aku peluang untuk hidup sebagai seorang Islam. Aku bersyukur kerana dikurniakan jodoh yang sangat indah buatku. Cahaya mata yang sangat comel. Aku selalu mendoakan agar keluargaku yang lain mampu menjadi seorang Islam seperti ku jua. Wallahualam.Aku juga mampu memantapkan akidah dan imanku bersama isteri tercinta.Terima kasih Ya Allah. 

Okay, itu sahaja cerpen saya. Bosan sangat dan randomly keluar dari otak serta terus gedebuk jadi ayat. Harap semua suka. Maaf jika ada salah dan silap mohon tegur. Saya masih belajar. In sha Allah.

Assalamualaikum Warrahmatullahi Wabarakatuh.
Amin.