Mrs.Suho



 Love(s) Me ♥




Tag Me Tag You
Sunday, June 9, 2013 | 6/09/2013 02:54:00 PM | 0 Ask
In the name of Allah,the Most Gracious and the Most Merciful.
Assalamualaikum Warrahmatullahi Wabarakatuh.

Ok well today,post qira berkenaan tag. Qira ditag oleh Syamimi Sufiera,my best friend in real life. ;3
Wah,sebelum ni join giveaway but harini join tag pulak. Ok awesome. Thanks mimi sebab tolong tag-kan.
Even,masa first time tau tu rasa malas nak buat.hihihi

Ini antara arahan yang perlu kita buat. Kira undang-undang gitu ;p

  • Post this rules.
  • Write 11 things about yourself.
  • Answer the question the tagger set to you.
  • Create 11 question for those you want to tag.
  • Choose 11 bloggers to tag and linked them to post.
  • You are not allowed to tag back.


Okay,first thing dah selesai.Now time tu write 11 things about myself.

  1. Nama penuh qira ialah Nur Aqhira Binti Ahmad Merican.
  2. Qira bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Hussein Onn
  3. Novel. Buku yang sangat sangat sangat qira suka baca.Antara novel yang sudah menjadi pilihan hati ialah M.A.I.D , Isteri Separuh Masa,Akukah Juwita,Suami Aku Ustaz,Cintaku Bersaiz XXL. Okay dah,kalau list ni menang panjang tak habis.hewhew
  4. Qira pelajar sains tulen.
  5. Sangat suka warna pink dan biru. Pink itu kan warna kegemaran setiap wanita. Tapi seriously,tak semua perempuan minat pink okay ;3
  6. Berusaha untuk menjadi muslimah sejati,anak yang solehah,sahabat yang baik. InshaAllah ^^
  7. Suka membaca. Membaca is my hobby maybe ;3
  8. Another hobby qira ialah online! Hahah,twitter,facebook,blog. Laman sosial yang selalu qira layari.
  9. Apa lagi ya? Qira sangat gila akan baju,tudung,kasut,kain or apa-2 jelah yang ada kaitan dengan pemakaian,fashion and shopping. Tapi alhamdulillah qira dapat dahulukan aurat daripada fashion ;)
  10. Qira ada sahabat yang memahami. Mereka sahabat yang membantu qira berjuang dalam pembelajaran. InshaAllah mereka juga akan menjadi sahabat qira dunia dan akhirat. Amin.
  11. Qira ada keluarga yang sangat sempurna. Alhamdulillah. Qira ada 4 adik-beradik. Seorang abang,seorang kakak dan seorang adik perempuan. :)

Okay done untuk 3 rules yang pertama..now rules yang keempat iaitu tanya 11 soalan kepada orang yang kita nak tag. Okay,soalan-soalannya ;3

  1. Apakah nama penuh anda?
  2. Kenapa anda create blog?
  3. Berikan pandangan anda tentang saya dan blog saya.
  4. Apakah yang anda rasa selepas anda tahu anda di-tag?
  5. Mengapakah umat Islam diwajibkan menutup aurat?
  6. Anda tinggal di mana?
  7. Apakah kejayaan paling besar yang pernah anda kecapi?
  8. Apakah hobi yang paling anda suka lakukan?
  9. Sejak bila anda mula berblogging?
  10. Jika anda mendapat sejumlah wang yang besar contohnya rm1000 , apakah yang akan ada lakukan dengan wang ini?
  11. Adakah anda minat membaca novel,komik atau buku teks?

Those few questions yang agak skema dan tak betul. hahaha.Mohon jawab dengan tenang. Macam nilah jadinya kalau takda idea nak tanya apa. Okay turn to next rules. Jawab soalan yang diberikan oleh taggers.

1)Apakah nama artis Korea yang paling korang minat.Why?
- Nama artis korea yang paling qira minat setakat ni ialah Lee Min Ho. Mungkin sebab wajah dia yang handsome kot. Tak lupa jugak lakonan dia yang super awesome. Sangat menarik perhatian. hehehe

2)Antara percintaan atau persahabatan yang awak pilih? Yang paling penting.
- Okay,bagi qira kan,qira pilih persahabatan. Yelah sebab tak semestinya bila kita bercinta tu kita akan bercinta selama-lamanya. Ingat kita kan tak tahu siapa jodoh kita. Tapi kalau sahabat,kita konfem-2 akan bersahabat selamanya. Sebab sahabat itu kan teman sejati yang menemani kita di saat susah dan senang. Jadi qira pilih persahabatan. Hilang kawan itu lebih teruk rasanya berbanding hilang boyfriend/girlfriend ;')

3)Tolong describe blog saya sikit,hee. Bagi pandangan wokaay.
-Blog mimie sangat comel dan comel dan comel. Sebab penuh dengan warna biru sana sini. Heeee! Gadget dekat sebelah kiri tu pon awesome,sesuai dengan mimie.Bagi qira,blog mimie simple but awesome and creative. ;)

4)Apakah yang membuatkan anda mempunyai kekuatan dalam menempuhi ujian Allah?Bagaimana anda menempuhi ujian tersebut?
-Manusia tanpa ujian itu mustahil. Setiap manusia pasti akan menghadapi ujian Allah. Itu pasti. Ujian Allah itu sama ada kesenangan mahupun kesusahan. Tapi selalunya kesusahan lah kan? Jadi,qira selalu akan berdoa je sebab kita tahu Allah yang bagi ujian, maka penyelesaiannya juga pasti dari Allah swt. Berdoa dan berusaha untuk mengatasi ujian itu. InshaAllah kita pasti dapat menyelesaikan ujian kita dengan baik.

5)Kalau saya bagi Samsung Galaxy SIIIIIIIIII dan kawan awak bagi sejadah,yang mana satu pilihan anda?    
   Explain why.
- Wow soalan. Agak complicated sikit.heheh..Okay,qira rasa qira pilih sejadah maybe. Sebab sejadah walaupun lusuh kita masih boleh guna. Dan sejadah itu kita gunakan untuk kita bertemu dengan Allah. Kalau samsung blablabla tu,rosak sekali dah kena beli baru. Rugi kan? And,samsung tu mahal dan maybe melalaikan kot. :)

6)Apakah moto hidup anda yang membawa kepada kejayaan?Apakah warna favourite anda?
- Moto hidup saya Dimana ada kemahuan,disitu ada jalan.Hendak seribu daya,tak hendak seribu dalih,don't judge a book by its cover. Warna kegemaran biru pink dan hitam.Tapi sangat minat biru dan pink kot ;3

7)Siapakah manusia ciptaan Allah dibumi ini yang paling korang sayang? Idola?
- Rasulullah saw,my family,my parents and my friends. Idola saya Rasulullah. Ikut segala sunnah baginda,sentiasa mengingati baginda ;)

8)Apakah hadiah yang korang inginkan time birthday? Sebab apakah?
- Apa-apa pon tak kisah. Novel ke,tudung ke? Heheh. Asalkan benda tu menarik perhatian,comel dan saya suka ;D

9)Adakah anda ingin menjadi seorang yang pandai atau berilmu?Explain.
- Seorang yang pandai dan seorang yang berilmu itu dipandang tinggi. Tapi cuba kita bezakan seorang yang pandai dan seorang yang berilmu. Seorang yang pandai tapi tak berilmu itu tiada gunanya kan? Sama ja macam dia pandai tapi tak tutup aurat,tak ikut perintah Allah. Tapi kalau orang yang berilmu,dia ada ilmu di dada dan dia praktikkan semua tu. Kan? Jadi better berilmu dari pandai. Bagi qira lah ;3

10)Adakah menutup aurat penting sebagai seorang muslimah?Perbezaan menutup aurat dan 'membalut' aurat?Explain.
- Menutup aurat itu penting,tak kiralah lelaki mahupun perempuan. Menutup aurat ini satu perintah Allah.Jadi,menutup aurat itu penting sebagai seorang muslimah. Kenapa kita pentingkan perempuan daripada lelaki? Kerana aurat perempuan ini terlalu berharga. Menutup aurat itu menutup aurat perempuan dari hujung rambut hingga hujung kaki dan yang boleh ditunjukkan hanya muka dan tapak tangan. Bagi lelaki pula dari pusat hingga ke lutut. Menutup aurat ni kita kena tutup semua yang perlu dan pakaian mesti besar,lebar dan longgar serta tak jarang. Kalau membalut aurat,kita tutup semua tapi kita pakai pakaian ketat dan jarang. Nampak perbezaan dia? Panjang lebar jawapan ni. heheheh

11)What is Islam to you?
- Islam bagi qira ialah agama yang indah lagi mudah. Kita mesti bersyukur kerana dilahirkan sebagai umat Islam. Kita mesti lebih bersyukur kerana tidak seperti umat Islam terdahulu yang harus memperjuangkan nyawa bagi menegakkan Islam. Tanpa Islam,kita mundur,tiada beza antara kita dan kafir. Jadi,marilah kita bangkitkan kembali Islam yang makin mundur saban hari. Jangan kelak kita rugi dan menyesal. Wallahualam.


Okay, ini nama-nama mereka yang tidak bertuah kerana ditag oleh saya. Muahahaha :p

 
hanya mampu tag yang ni saja. Kepada yang baca dan rasa nak jwb soalan-2 qira dan nak tell something about yourself, boleh join tagkan diri sendiri. hehehe dialu-alukan ye. Lepas tu komen lah so that qira boleh blogwalking dan follow kalian. 

Assalamualaikum Warrahmatullahi Wabarakatuh.
Amin.