Mrs.Suho



 Love(s) Me ♥




Im back. Woohoo.
Tuesday, July 15, 2014 | 7/15/2014 12:08:00 AM | 0 Ask
In the name of Allah, the Most Gracious and the Most Merciful.
Assalamualaikum Warrahmatullahi Wabarakatuh.


Ehem sikit. hehe. Hahhh! Lama dah tak menaip dekat sini right? Cerpen saya pun dh sangkut. kikiki
Maaflah kepada yang menanti sambungannya, rasanya masa belum time untuk qiraa meneruskan sambungan cerpen tanpa nama tu. Biande (bahasa korea bermaksud maaf) :( 

takpa, dont worry nah, bila masa dah sesuai nanti,eceh xD, qira akan cuba sambung dan perbaiki balik blog kesayangan ni. 

First of all, bersyukur sangat sebab mampu bernafas atas muka bumi Allah ini, hampir setahun jugak lah kan tak menyemak dekat sini? Kan kan kan? Haa betul betul betul ><
Takpa, in sha Allah lepas ni akan CUBA bergiat aktif dalam dunia blog. puih ;3
Alhamdulillah syukur kita dah masuk Ramadhan pada tahun 2014 ini, tak sempat ucap pun 'Selamat Menyambut Ramadhan tahun 1435H' hmm, sedih sat. Takpalah, yang penting kita mesti laksanakan ibadah puasa ini dengan ikhlas. okayy? good (Y)

by the way, bila dh sebut pasal 2014, mestilah umur pun dh meningkat. oh tua tua :( takpalahh,hmm.
Alhamdulillah tahun 2014 setakat ni berjalan dengan baik. Qira pun happy ja dekat sekolah, dengan gelagat junior-junior yang comel belaka serta kawan-kawan yang menggila bersama. Maklumlah dah bergelar senior ye dok? kehkehkeh. Ok bangga sat. Hah! bila dh dikata senior, SPM pun makin dekat. 

Jadi, kepada si pembaca mohon-mohonlah mendoakan agar qira dapatlah keputusan yang cemerlang, ehem 10A+ untuk SPM nanti ya? Amin amin ya rabbal alamin. hiks :D

Tu saja buat entry kalini.
Assalamualaikum Warrahmatullahi Wabarakatuh.
Amin.

Random Cerpen #9
Thursday, November 7, 2013 | 11/07/2013 08:59:00 PM | 0 Ask
In the name of Allah , the Most Gracious and the Most Merciful.
Assalamualaikum Warrahmatullahi Wabarakatuh.

Setelah sekian lama menanti, here sambungannya guyss. rindu tak cerpen ni? ngehehe. 
  Ok, let's continue!


Seusai aku membersihkan diri aku terus keluar dari tandas, kelihatan suamiku sudah pun tertidur sambil berbaju melayu. Aku gugup. Pertama kalinya, aku akan berkongsi bilik dengan seorang lelaki iaitu suami aku sendiri. Hampir bergetar dunia dibuatnya. Hehe, teruk betul imaginasi. Aku harus percaya yang dia ni akan kongsi bilik dengan aku sampai mati. Ya, bangun Imaa. 

''Eh, sorry sayang. Abang tertidur.'', lamunanku dikejutkan dengan serta-merta setelah mendengar suamiku berbicara. Aduh macam mana boleh terjaga ni.Siap bersayang abang pulak. Ketar lutut aku dibuatnya. Hm.

''Takpa a-a-abang. Letih agaknya tu.'' ujarku yang masih berdiri di hadapan tandas sambil tersenyum kambing kepadanya. 

Aku lihat suamiku tersenyum lalu terus ke tandas untuk membersihkan dirinya. Lega aku dibuatnya. Hehe, baik aku tidur dan selimut satu badan sebelum dia keluar. Aku dah tak sanggup lagi nak berdepan dengannya malam ini. 




Pagi itu, aku bangun lebih awal daripada suami aku. Letih benar dia agaknya sampai tak bangun-bangun lepas subuh tadi walaupun jam sudah hampir pukul 10 pagi. Aku membiarkan sahaja dia tidur sambil membantu ibu menyiapkan sarapan pagi.

Tiba-tiba ibu bersuara,''Pergilah Daimah naik atas,kejut suami kamu tu,sarapan pun dah siap ni. Ibu nak pergi jenguk abi dekat luar ye.''

Alamak ibu ni, aku jugak disuruhnya, betullah kan aku ni isteri dia. Hehe, baik aku naik cepat sebelum ibu nampak aku masih kekok dengan suami aku. Sabarlah wahai hati.

Aku membuka pintu kamar dengan jantung yang berdebar-debar. Aku berharap sangat suami aku sudah terjaga dari tidurnya, baru senang hendak memanggilnya turun. Hehehe. Pintu kamar aku buka perlahan-perlahan, dengan hampanya aku melihat, suamiku masih enak dibuai mimpi. Apalah nasib aku kali ini kan? Aku mengeluh lalu terus menghampiri ustaz sorang ni.

''Aaaabang, bangun. Dah pukul 10 dah ni. Ibu panggil sarapan.'' Panggilku sambil menggerakkan tubuh sasanya.

Tiba-tiba ku rasakan tanganku disentuh sesuatu lalu aku melihatnya. Betapa terkejutnya aku melihat suamiku sedang memegang tanganku.

''Ala, abang mengantuk lagi ni,5 minit okay sayanggg'',ujarnya dalam keadaan separuh sedar.

''Bangunlah bangg, nanti ibu tunggu. Pergi mandi, nanti segarlah, ok?'' ujarku dengan tenang. Aku pun tak sangka aku dapat bercakap dengannya seperti ini.

''Okaylah, tunggu abang kejap.'' 
''Ilaa,turun dululah ye.''
''Tunggulah abang, kita turun sama-sama okay?'' ujar suamiku dengan manja.

Sudahh. Mulalah aku nak menjerit. Malunya. Manja jugak suami aku ni. Nampak macam ustaz yang tegas dan garang, rupa-rupanya manja jugak. Hehehe.

''Okay...'' ujarku tak berdaya. Kalah aku dibuatnya kalau dia terus-menerus buat ayat manja macam ni. 

Usai membersihkan diri, kami turun bersama-sama untuk bersarapan. Ibu dan abi sudah pun berada di meja makan menunggu kedatangan kami berdua. Sewaktu di tangga, suamiku memegang tanganku sekali lagi. 

'Macamlah aku nak jatuh,nak pegang-pegang tangan bagai.' ujar kata hatiku. Digenggamnya kuat tanganku, takut benar kalau-kalau aku terjatuh. Romantik pulak ustaz ni. Bahagianya hidup kalau dapat hidup macam ni. Eh, tapi aku dah dapat maknanya aku bahagia lah? Hehehe.

Seusai sarapan,




Sorry agak pendek, idea kekurangan. Hm ;/
Bersambung... hehehe ;3
Assalamualaikum Warrahmatullahi Wabarakatuh.
Amin.