Mrs.Suho



 Love(s) Me ♥




Randon Cerpen #8
Wednesday, September 4, 2013 | 9/04/2013 08:57:00 PM | 0 Ask
In the name of Allah, the Most Gracious and the Most Merciful.
Assalamualaikum Warrahmatullahi Wabarakatuh.

Alhamdulillah,entry baru dan sambungan untuk cerpen yg dah lama menyepi ni. Buat pembaca SETIA  ...
Harini qira akan sambung, so sedia bantal dan popcorn lekaih. hehe :p
Enjoy!!

"Sah?"
"Sah!"
"Sah.." 
"Alhamdulillah"

Pagi yang mulia lagi indah itu, aku sudah pun bertukar status. Kini, aku seorang anak perempuan kepada kedua ibu dan abi aku juga merangkap isteri kepada suamiku,Ustaz Muhammad Ikram Bin Haji Ahmad Saidin. Kelihatan air mata abi,ibu,ayah,mama serta suamiku. Terharu benar aku ketika ini. Aku sangat bahagia. Tak sabar rasanya nak merasai berkat kebahagiaan perkahwinan ini.InshaAllah, aku akan cuba menjadi isteri terbaik dan solehah untuk suamiku. Itu sudah menjadi tekad aku sejak dari awal aku menerima pinangan suamiku 2 bulan lepas.

Ibu bapaku dan ustaz Ikram bersetuju mengadakan kenduri kahwin bersama-sama kenduri kesyukuran dan kenduri bagi memberitahu perkahwinan kami kepada jiran tetangga. Ustaz Ikram hanya mahukan kenduri yang sederhana saja dan dia juga meminta agar kami tidak perlu memakai pakaian seperti pengantin lain, cukuplah sekadar sepasang baju kurung buatku dan baju melayu untuknya. Aku hanya setuju sahaja memandangkan itu keputusan suamiku. Malah, ibu bapa kami juga turut bersetuju kerana mereka juga bercadang untuk mengelakkan tabarruj. 

Aku begitu senang melihat kenduri ini berjalan dengan lancar. Alhamdulillah, tiada masalah sepanjang kenduri dijalankan. Ramai juga yang hadir termasuklah sahabat-sahabat aku dan suami, sanak saudara kedua-dua belah pihak,rakan-rakan kerja dan jiran tetangga. Perkataan "Tahniah!" dan "Selamat Pengantin Baru." serta usikan daripada rakan juga menjadi perkara biasa. 

Sewaktu makan tengah hari bersama-sama, ustaz Ikram sempat bersembang dengan aku. Bahagianya aku saat ini hanya Tuhan saja yang tahu.hehehe

"Terima kasih sayang sebab terima abang. Tak sangka, sayang ubah fikiran."ujarnya seperti berbisik kepadaku sambil tersipu-sipu malu.

Hampir saja luruh seluruh organ dalamanku. Hampir juga aku tertelan sudu yang aku pegang ini. 'Dia panggil aku syg? Dia gelar diri dia abg? Omg! Apa aku nak cakap ni? Buat biasa Ilaaa. Sabar. Tenang'

"Sama-sama. Alhamdulillah, dah jodoh kita a-a-aa-aa-abang. Heeeee"

'Ya Allah malunya. Kenapalah aku tersekat-sekat ni? Takkan dah gagap kot?'

"Hmm, memang susah sikit nak tukar panggilan tu kan? Tak apa,Imaa. Abang tak kisah kalau Imaa nak panggil awak pun. Tapi abang lebih suka Imaa sesuaikan diri panggil abang dengan panggilan 'abang' je"tersenyum-senyum dia sambil melihatku. Panggilan Imaa yang dipanggil olehnya entah kenapa membuatkan aku rasa senang. Hatiku berbunga mendengar panggilan itu. Seingat aku, suami akulah manusia pertama memanggilku Imaa.

"Baiklah, Ee-Ee-Imaa akan cuba abang."

Aku terlihat dia senyum. Manis sekali senyuman itu. Aku dah jatuh cinta sekali lagi dengannya. Berapa kali lah dia nak buat aku jatuh cinta ni? 'Takpa Ilaa eh Imaa,hehe, dia suami kau jugak.'



Seusai kenduri, kaum wanita sibuk di dapur,kaum lelaki pula sibuk menyimpan khemah dan sebagainya. Aku terlihat wajah suamiku yang tenang sambil melakukan kerja itu. Wajahnya bercahaya, tidak seperti yang aku pernah lihat 2 bulan lepas. Secara tidak sengaja aku tersenyum, aku berasa tenang melihat wajah itu. Tiba-tiba, baru aku perasan, dia juga sedang melihatku sambil tersenyum. Cepat-cepat aku alihkan pandangan. 

'Aduhai,malunyaaa! Macam mana nak berdepan dengan dia nanti? Oh,tidak! Kenapa mesti aku senyum dan kenapa mesti aku lihat wajahnya tadi? Ibuuu, tolong!!!'jeritku dalam hati.



11 malam. Seusai mengemas,sanak saudara sudah pulang ke rumah. Tiba masanya untuk tidur. Letih satu badan aku buat kerja sejak akhir-akhir ini. Hampir seminggu aku tidak sempat rehatkan badanku yang comel ini. Nasib sajalah abi menyuruh aku meminta cuti kerja selama dua minggu. 

Aku masuk ke kamar yang kini sudah seratus peratus bertukar. Sebelum berkahwin dulu, bilik tidurku berwarna merah jambu, berkatil 'single' dan 'simple' sahaja. Kini, semuanya sudah bertukar,dinding bilik tidurku sudah bertukar menjadi warna biru pastel,katilku sudah dibuang dan digantikan dengan katil 'king' malah di dalam bilikku ini sudah ada televisyen serta sofa kecil yang comel ditambah sebuah permaidani berwarna merah jambu. Agak pelik untuk aku memasuki bilik tidurku yang kini aku rasakan seperti bukan lagi bilik tidurku. Walau macam mana pun, aku harus terima hakikat ini. 


Haa, nak tau apa jadi lepastu? Tunggu next sambungan okay? Ahaaa, teruskan membaca. Thanks sudi luangkan masa. ;)
Bersambung...

Assalamualaikum Warrahmatullahi Wabarakatuh.
Amin.