Mrs.Suho



 Love(s) Me ♥




Ramadhan Al-Mubarak 2013.
Wednesday, July 10, 2013 | 7/10/2013 06:09:00 AM | 2 Ask
In the name of Allah the Most Gracious and the Most Merciful.
Assalamualaikum Warrahmatullahi Wabarakatuh.

Hai sahabat dan rakan sekalian. Alhamdulillah hari ini, 10 Julai 2013 bersamaan dengan 1 Ramadhan tahun 1434H kita sebagai umat Islam di Malaysia sudah rasmi berpuasa. 


Ayuh kita bersyukur ke hadrat Ilahi, kita dapat menempuhi puasa pada tahun ini. Mari kita sama-sama melakukan dan mengambil peluang dalam melaksanakan ibadah-ibadah yang hanya dapat dijumpai ketika bulan Ramadhan sahaja seperti solat terawih,malam lailatul qadar dan sebagainya.

Ingin qira berpesan dekat sini untuk semua sahabat serta diri sendiri,ayuhlah kita beribadah seperti tahun ini ialah tahun akhir kita menyambut ramadhan. Grab segala jenis ibadah yang ada,yang mampu membantu kita mendapat pahala yang extra :D

Janganlah dalam masa beribadah tu,kita still buat benda-benda kemungkaran,langgar perintah Allah swt,abaikan suruhanNya. Jangan pulak kita terlalu agungkan solat terawih sampai kita lupa untuk solat lima waktu. Jangan okay sebab solat lima waktu ni WAJIB dan bukan bererti bulan puasa ni kita kena GANTIKAN solat lima waktu kita kepada solat terawih. Lakukan kedua-duanya okay baby? Good ^_^

Dan lagi satu nak pesan sikit ya anak-anak,eceh cam tua sangat :p
Janganlah kita dekati orang-orang yang tak berpuasa tu kalau kita sendiri tau iman kita lemah dan mampu mendorong kita TER tak puasa sekali. Jangan okay? Jangan! Haa,kan dah marah. LOL. Bajet garang kejap :3

Kalau boleh buat kaum muslimin,janganlah tak puasa pulak kan? Rugi kalau tak puasa penuh. Berbanding kaum muslimat,siapa-siapa yang mampu puasa penuh tu qira doakan supaya jangan ditinggalkan. Kita lebih rugi sebab mampu tetapi tidak laksanakan. Bukan senang kita mampu puasa penuh setiap tahun. Ye dok? Okay? Faham? 

Okay,itu sahaja untuk kalini memandangkan jam sudah menunjukkan pukul 6.04am. Bererti sekolah sedang menanti. Ingat pesanan qira okay? 

Let us LOVE our ramadhan so that we can push ourself to do the ibadah properly and sincerely. (terabur) hehe.


Maafkan segala salah dan silap,jika tersalah tutur kata,jika bi tu tak berapa nak A+ sangat :3 


Jangan terkejut!!! Itu bukan dari screen anda. muehehehe. Kbye

Assalamualaikum Warrahmatullahi Wabarakatuh.
Amin.