Mrs.Suho



 Love(s) Me ♥




Random Cerpen #7
Monday, July 8, 2013 | 7/08/2013 06:32:00 AM | 0 Ask
In the name of Allah,the Most Gracious and the Most Merciful.
Assalamualaikum Warrahmatullahi Wabarakatuh.

Hai guys! Disebabkan terlalu happy dan excited,here sambungan cerpen yang keTujuh. Enjoy!!!

Dua minggu berlalu. Tidakku sangka penerimaanku terhadap peminangan itu sangat membahagiakan hati semua orang terutama sekali Ustaz Muhammad Ikram,bakal suamiku dalam dua minggu lagi. Aku ingat lagi waktu pertama kali keluargaku makan malam bersama keluarganya di rumah aku. Saat itu,abi mengajak mereka bertujuan memberitahu penerimaanku terhadap peminangan mereka kepada ustaz Ikram kerana dia sahaja yang masih belum tahu selain merapatkan silaturrahim yang bakal terjalin tak lama lagi. 

*imbaskembali*

Seusai makan malam,ketika semua masih bersembang di ruang makan,abi membuka bicara dengan tertib sekali. Pada saat itu,semua wajah memerhati abi serta ibu. Mereka terpinga-pinga serta kelihatan wajah ingin tahu mereka tampil dengan ketara terutama sekali ustaz Ikram. Aku hampir tergelak apabila melihat wajah ustaz Ikram ketika mendengar ayat abi yang berbunyi...

"Saya ada berita gembira buat ustaz Muhammad Ikram sekeluarga. Anak saya, Nur Dalilah Daimah binti Muhammad Falilah,menerima pinangan keluarga ustaz. Alhamdulillah,kamu bakal menjadi menantu sah pakcik"ucap ayah dengan senyuman sambil menepuk-nepuk bahu ustaz Ikram. 

Ustaz Ikram kaget. Dia kaku. Aku tidak tahu apa yang berlaku padanya,cuma setelah beberapa minit abi memberitahu berita itu,dia terus mahu ke tandas. Keadaan disitu agak pelik sewaktu ketiadaannya. Ibu dan bapa ustaz Ikram yang sudah pun mengetahui hal ini tergelak sendirian kerana mereka berjaya menyembunyikan perasaan gembira mereka dihadapannya. Setelah hampir 10 minit, ustaz Ikram kembali ke ruang makan. Wajahnya kelihatan lebih segar. Mungkin dia baru sahaja mengambil wuduk agaknya. Dia ada bercakap sesuatu dengan abi. Rupanya dia bertanyakan arah ke bilik solat. Abi menyuruh aku menunjukkan jalan ke bilik solat yang sehala dengan dapur kerana kebetulan aku mahu mencuci pinggan kotor di dapur. 

Aku sempat mengintip perlakuan ustaz Ikram di dalam bilik solat setelah aku selesai mencuci pinggan kotor. Maklumlah ibu juga ada menolong aku mencuci pinggan tersebut. Setelah ibu pergi ke ruang tamu,aku pun cepat-cepat intip ustaz Ikram. Aku terpaku dan terharu. Aku mendengar sesuatu daripada bibirnya yang sangat menyentuh hatiku. Dia melakukan sujud syukur serta berdoa agak lama. Sebab itu juga aku sempat mendengar bait-bait kata dalam doanya. 

"Ya Allah,aku bersyukur kerana engkau telah mempertemukan aku dengan jodohku. Aku yakin bahawa dialah jodoh yang aku tunggu-tunggu selama ini. Engkau telah menjawab segala soalan yang ku berikan. Syukran Ya Allah. Aku mohon kau peliharalah jodohku,jadikan dia anak yang solehah,lindungi dia sentiasa,jagalah dia sebelum dia menjadi tanggungjawabku. Aku mohon kau peliharalah auratnya Ya Allah. Aku juga mohon kau teguhkan iman kami berdua serta tumbuhkan rasa cinta dalam hati kami berdua. Semoga perkahwinan ini kekal hingga syurga.Amin" 

Aku bersyukur kerana dipertemukan olehnya. Sebak aku mendengar doanya,kelihatan airmatanya juga turut mengalir. AllahuAkbar. Aku makin yakin  dan percaya,dialah jodohku yang telah Engkau tetapkan. Aku sempat lari ke ruang tamu sebelum dia melihat aku mengintipnya. Jahat jugak aku mengintip anak teruna orang. Anyway,dia tu pun bukan siapa-siapa kan? Bakal suami aku juga. Hehehe.


Air mata ku jatuh lagi dengan tidak sengaja. Aku terharu dan sangat terharu mendengar doanya itu. Dia membuatkan aku terus jatuh cinta padanya. Walaupun dalam dua minggu yang berlalu ini kami sering keluar bersama-sama dengan keluarga, dia jarang-jarang bercakap dengan aku,aku yakin dan percaya bahawa dia mencintai aku kerana Allah swt. Begitu juga aku, in sha Allah. Dalam dua minggu ini jugalah masa kami untuk menyiapkan segalanya seperti hantaran,pakaian pengantin,kek dan sebagainya. 

Perkahwinan ini agak cepat untukku kerana kebanyakan kawan-kawanku sudah mengetahui hal ini. Itu pun kerana ibu yang beria-ria mahu memberitahu mereka setelah mengjemput mereka dalam kenduri kesyukuran yang dibuat oleh ustaz Ikram sendiri. Aku percaya cakap orang,perkahwinan itu suatu perkara yang baik. Oleh itu,perkahwinan itu harus dilakukan dengan segera dan jangan ditangguh. Walaubagaimanapun aku tetap bersyukur kerana akhirnya jodohku dah sampai. Walaupun dia seorang ustaz, itu tak bermakna dia akan mengongkongku dengan teruk. Aku percaya itu,melihat cara berpakaiannya yang sederhana tapi menyejukkan mata itu telah membuka mataku. Dia bukanlah seorang yang suka mengongkong sangat,bak kata ibunya. Aku banyak mengenalinya menerusi bakal ibu mertuaku sahaja. Itu lebih afdal kan? hehehe.

Letih benar aku harini,pusing satu Butterworth sebab nak cari kad kahwin yang sederhana serta murah. Maklumlah aku dengar juga, bakal ibu mertuaku pernah berkata,"ustaz Ikram ni memang kurang mengongkong tapi dia ni tersangatlah cerewet!" Okay, ini aku kena banyak jaga sebab aku tak tahu dia ni jenis cerewet yang macam mana? Tahap stabilkah atau terukkah atau kurangkah? Huhuhu.

Hampir sahaja aku lupa,letih sangat sampai terlupa solat Isyak. Usai solat Isyak aku terus tertidur sebab terlalu letih. Hampir lenguh satu badan tambah-tambah di bahagian kaki sebab banyak sangat berjalan. Maklumlah kedai semua dekat-dekat je. Kini aku hanya mampu tidur dan bangkit dengan senyuman. Alhamdulillah aku bahagia menghadapi hari-hari yang bakal datang. Doakan perkahwinan ini selesai dengan baik. Amin ^_^


Okay tunggu pulak sambungan akan datang orite? Tengoklah kalau rajin qira menaip lagi. Hehehe
Harap korang suka entry kalini. Terima kasih sudi meluangkan masa anda disini. 
Bersambung...



Assalamualaikum Warrahmatullahi Wabarakatuh.
Amin.