Mrs.Suho



 Love(s) Me ♥




Random Cerpen #4
Sunday, June 30, 2013 | 6/30/2013 04:54:00 PM | 1 Ask
In the name of Allah,the Most Gracious and the Most Merciful.
Assalamualaikum Warrahmatullahi Wabarakatuh.

Sambungan #3
maaflah excited sangat nak sambung harini jugak. ekeke :B 
enjoy ^_^

Fuh nasib baik bos bagi aku balik awal harini. Sanggup aku habiskan kredit telefon bos semata-mata nak balik awal. Nasib nasib. Mood bos macam baik je harini. Eh,apa-apa jelah. Yang penting sekarang ni aku kena sampai taman tu sebelum pukul 5. Tak manis pulak nanti kalau ustaz tu yang tunggu aku. Biar aku je tunggu dia. Lagipun aku taknaklah jumpa dia lama-lama. Segan. :B
Oh hampir saja aku lupa,aku perlu ambil Meera dekat perhentian bas lah pulak. Lupa yang motor Meera ni rosak. Jadi akulah yang kena bawak dia. Kalau bukan sebab nak jumpa ustaz tu,memang taklah aku jumpa si Meera senget ni. Haish,rindu pulak aku nak bertemu dia. Sudah hampir berbulan lamanya aku tidak berjumpa dengannya. Dah gemuk ke still kurus eh budak tu? Biasalah sorang kerja di butterworth,sorang lagi bekerja di georgetown. Aku pulak jenis pemalas. Memang takdanya aku nak jumpa dia ni. ehehe :p

Sedar tak sedar,aku dah sampai taman bersama-sama Meera pada pukul 4.45 petang. Okay lah tu,aku sampai awal 15 minit kan? Boleh jugak aku sembang-sembang dengan si Meera senget ni. Eh,macam kejam pulak panggil kawan sendiri senget. Apa-apa jelah,dah memang dia senget pun. ekeke.

"Eh Ilaa,baik kau terang dekat aku apa cerita kau ni sampai dengar-dengar dah ada orang masuk minang ni haa? Marah aku wey. Satu apa pun kau tak kongsi. Sedih. Aku taulah aku dah tak penting dalam hidup kau. Yelah,dah nak kahwin kan?" tanya Meera sambil buat-buat sedih.

"Yelah,nanti aku cerita okay sayang? Sekarang ni aku tengah gugup dan takut ni. Aku ajak kau teman aku. Bukan suruh tanya macam-macam. Kau jangan merajuk lebih-lebih lah senget. Aku tinggal kau kat sini kang. Merana sampai tahun depan." ugutku.

"Ala kau ni,dengan sahabat sendiri pun nak berkira. Okay,takpa. Kau panggil aku senget. Okay,kau kan dah nak kahwin. Kau tinggallah aku kat sini. Mana tau aku jumpa jodoh aku ke kat sini. Eh Ilaa,kau tengok lelaki yang berkopiah kat hujung sana tu. Macam menuju ke sini je wey. Ntah-ntah dia tu jodoh aku tak? Okay duduk kemas,tudung cantik,baju tak kedut. Tak menyesal aku pakai baju kurung corak bunga kecil ni."

"Amboi gediknya kau. Aku rasa laki tulah ustaz Ikram tu. Well,sebelah dia tu adik dia kot. Kau takyah nak mengada eh? Kau duduk je senyap senyap dan biar aku bercakap memandangkan kau taktau apa-apa"ugut aku.

"Wah kau,patutlah sombong semacam. Bakal suami kau bukan main hensem. Nampak tak muka dia iras-iras pelakon korea yang hensem tu,apa ntah nama,oh yaa! Lee Min Ho. Kankan? Untungnya kau. Eh sebelah tu adik dia? Mana kau tau? Ntah-ntah kawan ke? Hensem jugak kan? Boleh kau adjust untuk aku? hahaha"ujar Meera taktahu malu.

"Dah kau diam. Dia dah makin dekat tu. Kang dia dengar buat malu aje. Shh" tegurku sambil meletakkan jari di mulut tanda menyuruh Meera senyap. Baru aku perasan Meera tersengih-sengih sebab ustaz tu senyum dekat dia. Eh,ustaz tu ingat Meera tu aku ke apa?

"Assalamualaikum. Awak ni Nur Dalilah Daimah Binti Muhammad Falilah ke?" tegur ustaz itu sambil jari telunjuknya menuju ke arah Meera. Terkejut benar aku. Dia tak kenal aku? Habis bagaimana dia nak nikah dengan aku? Sedih pulak rasa sebab dia tidak mengenali siapa insan yang ingin dia nikahi ini. Aku terus memaling ke arah rumah di sebelah kananku. Kemudian aku mendengar seseorang ketawa. Walaupun perlahan,aku masih dapat mendengarnya. Kemudian dia berkata sesuatu.

"Saya melawak saja. Awak kan orangnya? Oh sebelum itu,ini adik saya,Muhammad Akram dan saya Muhammad Ikram. Rasanya awak dah kenal saya bukan?Baiklah,ada apa awak mahu jumpa saya ya?" ujarnya sambil tersenyum. Tiba-tiba hatiku rasa berbunga. Gembira kerana dia sengaja ingin mengenakan aku. Eh,apa kena dengan aku ni? Fokus Daimah fokus!

"Boleh pulak ya? Ya saya tahu awak ustaz Ikram. Selamat berkenalan. Saya nak jumpa awak tentang peminangan awak itu. Kalau boleh saya nak tahu,kenapa awak meminang saya? Awak kan belum kenal saya? Saya pun masih perlukan masa untuk mengenali awak." ujarku berhati-hati. Berdebar rasanya hati aku saat ini hanya Allah yang tahu. Apalah agaknya jawapan dari mulutnya itu.

"Oh tentang ini ya awak mahu jumpa saya? Saya tiada jawapan untuk itu. Saya rasa saya dah cukup kenal awak. Saya tahu nama penuh awak,umur awak,kerjaya awak,keluarga awak. Yang lain-lain saya harap dapat kenal awak lepas kita nikah nanti. Jadi, tak ada masalah tentang itu. Kalau tiada apa-apa boleh saya beredar?"katanya sambil mahu berlalu pergi. Cepat-cepat aku bersuara.

"Tunggu dulu! Saya masih belum kenal awak. Apa kata kita bertaaruf? Saya tak mahu mengahwini lelaki yang tidak saya kenali sebelum ini. Saya harap awak faham"

Tidak perlu rasanya untuk bertaaruf. Awak tahu nama penuh saya bukan? Kalau tidak,nama peuh saya ialah Muhammad Ikram Bin Haji Ahmad Saidin. Saya berusia 28 tahun dan bekerja di Sekolah Menengah Kebangsaan Pekan Lama. Awak dah kenal saya bukan? Saya pergi dulu. Assalamualaikum"ujarnya sambil berlalu pergi. Aku terpinga-pinga kerana ditinggalkan disitu. Meera dan Akram yang senyap dari tadi juga terkejut dengan tindakan Ustaz Ikram. Lalu Akram segera mengekori abangnya dari belakang. Apalah dia ni. Tinggal aku macam tu aje?Sabar ajelah wahai hati. 

Selepas menghantar Meera,aku terus pulang ke rumah dengan perasaan hampa hinggakan tidak sempat bercerita kepada Meera tentang perkara yang sebenarnya. Meera pun aku tengok senyap aje dalam kereta tadi. Apa pun aku nak makan malam dengan ibu dan abi malam ni. Itu aje. Malas dah fikir pasal ni. Dia macam yakin sangat je aku setuju nak nikah dengan dia. Hmmm...

Bersambung...

Assalamualaikum Warrahmatullahi Wabarakatuh.
Amin.