Mrs.Suho



 Love(s) Me ♥




Random Cerpen #5
Monday, July 1, 2013 | 7/01/2013 05:51:00 PM | 0 Ask
In the name of Allah the Most Gracious and the Most Merciful.
Assalamualaikum Warrahmatullahi Wabarakatuh

Sambungan #4

Malam itu selepas sahaja aku makan malam bersama-sama ibu dan abi. Aku masuk ke kamarku. Aku cuba menelefon Meera untuk menjelaskan perkara sebenar kepadanya seperti yang aku janjikan petang tadi. Setelah bercerita panjang lebar kepada Meera selama sejam. Meera pula mengambil alih untuk memberi nasihat kepadaku.

"Aku nasihatkan kau kahwin aje dengan ustaz tu Ilaa. Eh Ilaa,mak aku cakap kalau kau runsing dengan sesuatu keputusan, kau buat solat istikharah sebab solat ni mampu membantu kita memilih jalan yang tepat. InshaAllah."pesan Meera.

"Senang je kau cakap terima terima sebab yang nak terimanya aku bukan engkau.  Aku dah malas nak fikir pasal ni lah wey. Aku suruh ibu aku tolong uruskanlah. Aku ikut je apa ibu cakap. Aku dah tak kisah. Sakit hati aku dekat mamat ustaz sorang ni belum habis lagi kau tau? Senang-senang je dia tinggal aku kat situ. Nasib baik aku bawak engkau. Kalau tak? Malu aku wey. Hmm. Tengoklah dulu."adu aku kepada Meera.

"Eloklah dia tinggalkan kau. Kalau dia buat benda tak elok tadi macam mana? Kau ni pun satu. Kau bukan ke dah tahu nama dia? Lagi nak kenal macam mana? Ke kau nak couple dengan dia dulu baru kau nak kahwin dengan dia? Kau jangan buat main Ilaa,dia tu ustaz tau. Bukan calang-calang orang. Ilmu dia pun macam tinggi kalah KLCC tau,gayat aku. Hehehe. Dah jangan fikir-fikir sangat. Esok kau cuti kan? Keluar jom. Aku belanja makan tengah hari. Aku pun bosan duduk rumah ni"ujar Meera.

"Ala kau cakap bolehlah. Aku yang kena tanggung. Couple? Takdanya aku nak couple dengan ustaz sorang ni. Cuma aku nak tahu je kenapa dia meminang aku. Hmm. Itulah aku pun fikir macam tu. Aku ambil kau kat tempat tadi okay? Aku nak tidur dah ni. Assalamualaikum. Jumpa esok. Bye"

"Hehehe. Dia minat kau lah tu yang dia masuk meminang. Kalau lambat kang melepas. Kau kan cantik macam aku. Hahah. Okay, aku pun nak tidur dah ni. Waalaikumussalam. Bye" ujar Meera. Segera aku meletakkan telefon di tepi bantal comelku. Betul jugak cakap si Meera senget ni. Senget-senget dia pun, dia boleh fikir positif. Bukan macam aku ni. Ish ish ish. 

'Tett tettt! You have a message!!' henfonku bunyi secara tiba-tiba. "Oh mak tampar aku,sakitlah oi!" "Eh aku ni,melatah tak hilang-hilang. Kesian ustaz Ikram kalau dia kahwin dengan aku nanti. Hahaha. Siapa suruh masuk meminang oi. Eh,Meera ke yang mesej aku ye?" berteka-teki aku sebelum membuka mesej itu.

Assalamualaikum Nur Dalilah Daimah. Saya nak minta maaf sebab tinggalkan awak petang tadi.
Saya harap awak faham. Terima kasih :) -Ikram.

'Eh, mimpi apa ustaz ni mesej aku malam-malam ni? Jangan kacau anak dara orang ustaz. Hehehe. Dia minta maaflah. Sweet pulak ustaz ni. Apa patut aku balas ye? Hah, ini peluang cantik punya untuk aku tanya pasal apa dia meminang aku. Huhuhu.' senyum aku sorang-sorang sambil membalas mesej si ustaz Ikram ni.

Waalaikumussalam Ustaz Muhammad Ikram. Takpe,saya maafkan. Cuma,boleh saya tahu kenapa
ustaz sukarela meminang saya ya? Ustaz tak menyesal ke nanti? 

Tunggu punya tunggu. tak sampai 3 minit dia balas mesej. Oh cepat jugak dia taip. Apalah agaknya jawapan dia. 

Terima kasih sebab maafkan. Oh pasal itu? Maaf saya tiada jawapan. Menyesal?
Tak mungkin saya menyesal. Saya buat semua ni kerana Allah swt. InshaAllah :)

Amboi. Senang je dia cakap kerana Allah. Maknanya dia ni jenis redha jelah. Entah-entah betul tekaan aku. Ibu bapa dia yang beria nak kahwinkan aku dengan dia. Oh tidak,macam mana ni? 

Terima saya kerana Allah swt? Boleh ustaz jelaskan? Saya kurang faham. 
Maafkan saya. balas aku.

Saya rasa takda apa-apa yang patut dijelaskan dekat sini. InshaAllah saya takkan menyesal. 
Saya harap awak faham. Maaf,saya nak masuk tidur. Assalamualaikum.

Aku menjawab salam didalam hati sahaja. Malaslah nak balas mesejnya. Sanggup dia buat aku macam ni. Nak nangislah aku macam ni. Buntu aku dibuatnya. Eh, apa kata aku ikut je cakap Meera senget ni. Baik aku buat solat istikharah. Ya Allah semoga dengan melakukan solat ini,aku mampu memilih sama ada mahu mengahwininya atau tidak. Amin. 
Seusai solat istikharah aku pun tidur. Takut juga tidak bangun esok. Kang si Meera senget ni buat hal kang mati aku. Yelah, dia yang nak belanja aku makan. Jadi,kenalah buat baik kejap. Hahaha. 



Keesokan paginya, seusai solat subuh. Aku membantu ibu untuk mengemas rumah. Maklumlah hari minggu,cuti pulak tu. Takkan nak goyang kaki macam mem besar dalam rumah kan? Kesian pulak dekat ibu nak buat semua sorang-sorang. Selepas siap mengemas rumah,aku meminta izin kepada ibu untuk keluar bersama Meera. Fuh, walaupun letih aku kena jugak join si Meera ni lunch. Perut aku pun dah lapar sebab tolak ajakan ibu untuk makan tengah hari bersama. Nanti kenyang perut aku,marah pulak si Meera ni. 

Aku menghidupkan enjin kereta Viva kesayanganku. Aku harus segera mengambil Meera. Takut si senget ni buat hal. Pergi kedai makan naik bas. Mati aku. hahaha. Lepas ambil Meera, kami bercadang untuk makan di restoran berdekatan sahaja. Jadi Restoran Nasi Kandar Pelita menjadi tumpuan sebab aku pun dah lama mengidam nak makan nasi kandar ni. Maklumlah orang nak belanja kan? Sambil makan aku berbual dengan Meera tentang mimpi aneh yang aku alami malam tadi seusai sahaja solat istikharah.

"Meera kau nak tahu tak, semalam aku dengarlah nasihat kau yang senget ni untuk solat istikharah kan? Aku pun tidur lepas solat. Kau nak tau tak aku mimpi aneh semalam. Sebelum ni tak pernah pulak aku mimpi macam tu. Kau rasa mimpi ni jawapan untuk solat aku tak? Aku risau lah pulak."semangat aku bercerita kepada Meera.

"Wah baguslah kalau macam tu. Eh,kau mimpi apa tu? Boleh kau cerita sikit? Mana tahu aku ada jawapan untuk mimpi aneh kau tu. Hehehe"

Aku menyambung ceritaku. "Macam ni,aku mimpi aku tengah pregnant. Aku pun taktau sejak bila aku kahwin. Lepastu ada sorang mamat ni datang kat aku then usap-usap perut aku sambil mengaji surah apa eh, aku pun dah lupa. Dia mengaji sempurna sangat. Sampai menangis aku dengar. Tapi sayang,aku tak nampak wajah dia. Cuma dia pakai kopiah dan jubah putih. Kulit dia pun putih-putih jugak macam aku je. Aku peliklah Meera."

"Wah,entah-entah itu jodoh kau tak? Dan mungkin lelaki tu ustaz Ikram? Mungkin mimpi kau ni untuk memberi jawapan supaya kau terima ustaz Ikram sebagai suami kau yang sah. Itu apa yang aku rasalah kan?"ujar Meera sambil menyuap nasi kedalam mulutnya. Tak senonoh betul dia ni. Memang sah senget. hahaha. 

Aku terkejut dengan kata-kata Meera. Senyap sahaja aku dalam kereta sewaktu menghantar Meera pulang. Betul ke apa yang Meera cakap ni? Melalui mimpi ni, aku harus terima ustaz Ikram sebagai suami aku? Diakah Jodohku? Lebih baik aku solat istikharah sekali lagi untuk memastikan jawapan aku ni. Aku takut untuk menerimanya. Aku pun tak pasti kenapa. Harapan aku,semoga aku dapat membuat pilihan dengan tepat. Walaupun baru dia seorang sahaja yang meminang aku,aku takut untuk memilihnya. Aku takut. Ya Allah,bantu hambaMu ini untuk membuat pilihan yang tepat. Amin...

Bersambung...

Assalamualaikum Warrahmatullahi Wabarakatuh.
Amin.