Mrs.Suho



 Love(s) Me ♥




Random Cerpen #3
Sunday, June 30, 2013 | 6/30/2013 04:46:00 AM | 0 Ask
In the name of Allah,the Most Merciful and the Most Gracious.
Assalamualaikum Warrahmatullahi Wabarakatuh.

Sambungan #2

Seusai solat subuh,aku bergegas untuk segera bersiap supaya tak terlambat nak ke kerja. Aku menuju ke dapur setelah menghidu bau makanan yang ibu siapkan untuk breakfast. Wah,untung betul bangun awal pagi harini. Sempat breakfast nasi lemak ibu yang terbaik dari ladang ni. ehehe

"Assalamualaikum ibu,morning"ucapku sambil tersengih serupa kerang busuk dekat ibu.

"Waalaikumussalam,awal bangun,Daimah. Mimpi apa kamu ni masuk dapur pagi-pagi buta?"sindir ibu.

Terasa seperti tamparan hebat dimukaku. Salah ke anak emas ibu ni nak masuk dapur? Sedih mendengar sindiran ibu. Serupa aku ni jarang betul masuk dapur. Yelah,selama setahun lebih ni aku asyik sibuk bekerja sampai tak cukup masa. Kalau diberi 30 jam sehari pon belum tentu aku ada di rumah. Memang patut pun aku disindir oleh ibu.

"Takdalah ibu. Daimah tak sengaja bangun awal, apa salahnya Daimah tolong ibu kan? Mmmm,ibu masak nasi lemak eh? Sedapnya bauuu."ujarku kepada ibu.

"Aah,nasi lemak kosong je. Kamu ni kena belajar tau masak semua ni. Esok esok laki kamu takkan nak makan luar tiap tiap hari pulak. Ingat Daimah, suami akan terpikat kalau isteri gemar masak dirumah. Tengok abi kamu tu,mana pernah dia makan luar"

"Ala ibu,lambat lagilah Daimah nak berlaki. Tunggu dululah nak belajar. Eh,abi tu tak makan luar pun sebab ibu nanti merajuk sehari semalam kan kalau dapat tahu abi makan kat luar. Nak pujuk ibu bukan senang. Eh,abi yang cakap tau bukan Daimah. hehehe" ejekku.

Seronok pula kenakan ibu pagi-pagi macam ni. Aku terus memeluk ibu saat ibu hampir merajuk dengan kata-kataku tadi. Terasa rindu akan ibu walaupun setiap hari berjumpa. Cepat sangat masa berlalu,aku dah pun kerja. Hampir-hampir nak kahwin pulak tu. Cakap pasal kahwin. Aku masih belum plan pasal ustaz sorang ni. Aduhhh,buat pening jelah pagi-pagi buta macam ni. Menyesal pulak bukak topik ni. Wah,menyesal menyesal !

"Macam-macamlah kamu ni,Daimah. Ha,lamaran ustaz Ikram tu bila kamu nak putuskan? Tak baik biar mereka tunggu lama. Eloklah kamu bagi kata putus dalam minggu ni ye?"tegur ibu. 


Harini pun aku kurang bekerja di pejabat. Maklumlah bos cuti sakit. Aku ni kalau takda bos memang makan gaji buta lah. Aku harus pikir masalah aku sementara aku masih punya waktu. Mendegar pesan ibu pagi tadi,aku harus segera memberi kata putus. Takut-takut ibu benar-benar melaksanakan janjinya yang dia akan memberi kata putus sendiri jika aku tak beri jawapan dalam minggu ni. Oh,bahaya betul ibu ni. Taulah ustaz tu calon menantu kesayangan dia. Benci!

Yes,setelah hampir sejam aku berfikir. Aku sudah dapat cara untuk selesaikan masalah aku ni. Aku harus menelefon ustaz Ikram dan berjumpa dengannya. Baik aku telefon dia sekarang. Eh kejap,telefon ke mesej? Aku ni nampak je berani. Kang dia jawab telefon tu kang aku yang ketar lutut. Haish,masalah lagi. Mesej jelah. Tak berani aku tanggung risiko.

Assalamualaikum ustaz. Saya Nur Dalilah Daimah. Adakah ustaz bz? Saya harap 
dapat jumpa ustaz dalam minggu ni. Terima kasih. 

Nak send ke tak? Aduh macam skema sangat je ayat aku ni. Tukar tukar ! Deleteeeee.....

Assalamualaikum ustaz. Saya harap dapat jumpa ustaz dalam masa terdekat ni.
Terima kasih. -Nur Dalilah Daimah.

Okay aku rasa ayat ni dah cun dah ni. Harap-harap dia balas dan dapat jumpa aku. Okay send. 

Senyum lebar aku lepas send mesej ni. Berani jugak aku nak mulakan perbualan yang aneh ni. Lagipun,bukankah dia yang berikan aku nombor telefon ni dengan sukarela? Maknanya tak salah aku mesej dia ni. Kata hatiku.

Tett tett,you have a message! "Eh mak terkejut aku kau nak mampus ke?" Malunya aku,nasib dalam pejabat ni takda orang. Terkejut benar dengan bunyi mesej fon aku tu. Sapa suruh letak macam tu. Ibu suruh tukar aku tanak. Padan muka aku. Eh kejap,ada mesejlah. Ustaz itu kah yang hantar? Berdebar pulak aku nak membukanya. Bismillahirrohmanirrohim...

Waalaikumussalam.Jumpa untuk apa ya? Kalau untuk jawapan itu,
saya rasa cukup awak bagitahu ibu bapa saya.


Mak aih,dia taknak jumpa aku? Peliknya dia ni. Lelaki sebelum ni beria-ria nak ajak aku keluar dan aku tolak. Aku ajak dia keluar,dia taknak. Sah dia pelik. Okay apa patut aku cakap ni? Fikir Daimah fikir...

Ni bukan pasal jawapan. tapi hal lain. Harap awak mahu 
bertolak ansur. 

Okay send. Fuh fuh takutnya apa dia nak balas ye? Em em tunggu tunggu. Seminit..dua minit,tiga minit... Mesej masuklah. Okay tenang Daimah. Baca bismillah. Wah dah macam perang mesej je. ehehe

Baiklah. Saya akan cuba. Bila ya? Kalau boleh saya bawa adik saya
bersama. Dan saya harap awak bawa seseorang untuk menemani awak.

Wah dia nak jumpa aku lah. Eh, aku nak jumpa dia sebab apa? Alamak lupa. Oh ya ingat! Aku harus bincang pasal ketidaksetujuan aku untuk berkahwin dengannya. Okay,aku harus bawak Meera untuk temankan aku seperti yang dia suruh. Tapi dia ada adik rupanya. Baru ku tahu selama ini. Memang pon,kau baru kenal dia tadi. 

Terima kasih sebab sudi. Baik,saya akan bawa rakan saya sebagai teman.
Kita jumpa petang ni jam 5 di taman berhampiran rumah saya. Assalamualaikum.


Okay, aku rasa ayat ni dah habis cun yang boleh aku karang. Taman itu pun takdalah jauh sgt dari rumah dan takdalah dekat sangat. Aku rasa ibu dan abi takkan nampak pertemuan ni. Hehehe.. tak sampai 3 minit aku berimaginasi tentang pertemuan aku nanti. 1 mesej baru masuk. 

Baiklah. Waalaikumussalam. :)

Wah,bagusnya. dia balas salam aku. Siap senyum lagi tu. Okay okay,nampak respons yang baik ni. Aku ketawa mengekek hingga ternampak salah seorang staf di pejabatku yang paling membenci aku,Amy. Lantak dialah nak pandang aku macam mana pun. Yang penting aku dah tak sabar nak selesaikan masalah aku dengan si ustaz sorang ni. Ke tak sabar nak jumpa dan lihat wajah dia? Tak tak tak mungkin Daimah. Aku harus nafikan hal ini. Ya betul! 

Bersambung...

Assalamualaikum Warrahmatullahi Wabarakatuh.
Amin.