Mrs.Suho



 Love(s) Me ♥




Random Cerpen #6
Sunday, July 7, 2013 | 7/07/2013 01:36:00 AM | 0 Ask
In the name of Allah,the Most Gracious and the Most Merciful.
Assalamualaikum Warrahmatullahi Wabarakatuh.

Sambungan #5

Daimah bangun dari tidur dengan senyuman. Kini dia yakin. Betullah kata Meera, "Jika kita senang kita perlu ingat Allah swt dan jika kita susah kita juga wajib mengingati Allah swt. Mengingati Allah bukan sahaja menenangkan malah mampu menyelesaikan seribu satu masalah yang menyelubungi hati ini." Kagum dia kerana mampu memiliki sahabat seperti Meera. Sahabat ketika susah dan senang. Sahabat dunia dan akhirat. 

Aku harus ceritakan hal ini kepada Meera. Siapa lagi tempat aku mengadu dan bermanja kalau bukan dia? Baik aku kol dia sekarang. Dah tak sabar nak bercerita ni. Eh gembira terlebih pulak. Oops. 
Lantas Daimah mencapai telefon bimbitnya. Dia harus menelefon Meera segera. Hati sudah berbunga-bunga mahu menceritakan pengalaman mimpinya semalam.

"Assalamualaikum Meera,kau tengah buat apa tu? Aku rindu kaulah"

"Waalaikumussalam Daimah. Peliknya kau ni tetiba rindu aku ni. Baik kau cakap,cerita apa pulak kau nak bagitahu ni? Pagi-pagi buta kol aku"

"Ala kau ni,pagi apanya? Dah pukul 10.30 anak dara kesayangan mak. Pandainya kau ni,dah boleh baca isi hati aku. Baik takyah cerita. Kau baca je isi hati yang tengah berbunga ni. Hehehe"

"Oh yeke? Astaghfirullahalazim,terbabas pulak aku tidur harini. Eh kau ni,kau yang kol aku kan? Baik kau cerita cepat sebelum aku end call"

"Okay sorry,why so serious?! Takda,aku ada buat solat istikharah lagi semalam. Dan Alhamdulillah aku mimpi sesuatu yang sangat membantu dan memberangsangkan. Aku siap terjaga sambil menitiskan air mata. Aku pun terkejut wey. Aku mimpi apa yang aku cerita kat kau sebelum ni,cuma aku dah nampak jelas wajah lelaki yang mengalunkan ayat al-Quran tu."serius aku bercerita. Meera pun semangat mendengar.

"Apa?! Jadi,kau nampak siapa? Siapa lelaki tu? Ustaz Ikram kah? Atau orang lain?"

"Amboi Meera,pecah gegendang telinga aku ni,kuatnya kau jerit. Banyak pulak soalan kau eh? Aku nampak wajah yang iras-iras ustaz Ikram. Aku terkejut sangat. Dia senyum dekat aku. Walaupun agak kabur,tapi aku dapat lihat bayangan,lirikan mata dia memang sama persis macam ustaz Ikram."

"Hehehe sorry kawan. SubhanAllah, see? Bila Allah nak tolong hambaNya,Dia akan bantu dengan pelbagai cara. Sebak pulak aku. Anyway,aku respect kau. Tahniah,dialah bakal suami dan jodoh yang kau nanti selama ini. Baik kau beritahu ibu kau cepat." ujar Meera dengan tekun sekali.

"Ye,aku bersyukur sangat. Aku sekarang ni dah lebih lega. Aku akan terima dia. Dan aku redha kalau betul dia masuk meminang disebabkan mak ayah dia yang suruh. Sebab aku percaya dia jodoh aku. Aku jugak yakin dia mampu mencintai aku. Bagi aku,dialah Adam yang telah Allah ciptakan untuk aku,si Hawa."begitu tertib aku berbicara sehingga tak sedar air mata sudah bergelumang di kelopak mata.

"Alhamdulillah,baguslah kalau macam tu. Bangga aku dengar jawapan kau. Dah jangan nangis. Pengantin baru mana boleh nangis kan? Nanti nak naik pelamin aku nak jadi pengapit pun malu. Hehehe just joking. Tahniah sayang. Kau bakal berkahwin. Aku je bila pun tak tahu."

"Okay, thanks Meera. Kaulah sahabat aku dunia dan akhirat. Aku nak bagitahu ibu berita gembira aku ni. Dah jangan sedih. Jodoh kau bakal tiba suatu hari nanti. Okay sayang?Okay bye,Assalamualaikum."pujukku.

"Heheh,okay. Kau pun sahabat aku dunia dan akhirat. Aku doakan kau bahagia selalu. Amin. Okay bye,Waalaikumussalam"

Usai aku bersembang dengan Meera,terus aku turun kebawah untuk memberitahu ibu tentang jawapanku ini. Tidak sabar rasanya melihat riak wajah ibu. Pasti ibu gembira sekali,yelah anak emas kesayangannya dah nak kahwin dengan bakal menantu pilihannya. 
Ibu menangis disaat mendengar jawapan dari mulutku. Salahkah aku berbicara? Aku hanya berkata yang benar. Aku menerimanya bukan kerana ibu atau abi yang paksa,bukan juga kerana kasihan akan dia tetapi kerana Allah. Allah sudah menetapkan dia sebagai jodohku,maka apa salahnya jika aku menerima dia sebagai suami aku yang sah? Ibu terus sahaja menelefon bakal besannya. Bahagia benar ibu. Aku terharu melihat kegembiraan ibu. Kemudian abi membuka bicara.

"Daimah,kamu dah besar. Dah boleh pilih mana yang benar dan yang salah. Abi harap kamu terima dia dengan rela hati,bukan kerana paksaan dari ibu atau abi. Abi sayang kamu dan abi tak mahu kamu akan kesedihan jika menerima dia sebagai suami sedangkan kamu tak mengenalinya sama sekali."

"Abi,kan Daimah dah cakap tadi. Daimah terima dia kerana Allah swt,abi. Abi jangan risau ye? In shaa Allah Daimah akan bahagia bersama suami Daimah. Daimah perlukan ibu dan abi untuk mendoakan kebahagiaan Daimah. Daimah pun nak minta maaf jika dah menyusahkan ibu dan abi selama Daimah lahir di atas dunia ni."aku menangis lalu memeluk abi. Walaupun aku menerimanya sebagai suami,aku tetap sayang akan ibu dan abi. Aku tetap takut berjauhan dengan mereka. Selama ini,mana pernah aku berjauhan melainkan pergi ke kuliah.

"Ye abi doakan. In shaa Allah,abi bangga dengan kamu Daimah."Terharu aku,abi juga menangis kerana bangga dengan sikapku. 

"Haish,ape anak beranak ni buat scene sedih pulak kat sini. Ibu yang sedih. Dah Daimah,pergi dapur basuh muka tu. Hodoh lah anak ibu sorang ni menangis."tegur ibu.

"Hehe sorry ibu,sedih sangatlah. Daimah tak nak tinggalkan abi dengan ibu. Daimah rindu abi dan ibu"ujarku sambil mengusap air mata yang bercucuran sudah macam air terjun ni.

"Haa sebelum tu Daimah. Ibu nak cakap ni,ibu dah tanya keluarga ustaz Ikram,mereka cakap kalau boleh dalam 2 bulan lagi kamu berdua akan diijabkabulkan. Mereka juga cakap majlis dibuat secara sederhana,sanak saudara terdekat je akan dijemput,rakan-rakan tu dihadkan."terang ibu panjang lebar.

"Hmm okaylah tu ibu. Tak cepat sangat dan tak lambat sangat. Kalau boleh Daimah pun nak buat sederhana juga. Merugikan je buat grand sangat lepas tu Daimah takut tabarruj pulak"

"Baguslah kalau macam itu Daimah. Tabbaruj ni pun berdosa. Lagi satu membazir tu amalan syaitan."

"Aah,betul tu ibu. Ok ibu,Daimah pergi dapur dulu. Daimah nak masak sesuatu harini. Ibu boleh rehat je harini,layan abi. hehehe. Daimah kesian tengok ibu yang kena kemas rumah,memasak,lipat baju setiap hari."

"Kamu nak masak? Pelik betul ni. Oh ibu lupa,kamu kan bakal menjadi seorang isteri. Okay,ibu benarkan. Ibu pun dah letih-letih badan ni. Lepas ni boleh kamu tolong picitkan ye?"perli ibu.

"Hehe,boleh ibu. Untuk ibu semua pun boleh. Daimah pergi dapur dulu ibu."ujarku dengan senyuman manis di bibir lalu terus masuk ke dapur. Aku ingat nak masak gulai ikan kegemaran abi,ikan bawal goreng berempah kegemaran ibu dan sayur campur kegemaranku. Macam sedap je dengar,belum masak dah terliur. Okay,kena cari bahan ni. Aku masak tanpa dibantu ibu buat pertama kalinya. Aku gembira kerana ibu mempercayai aku. Tak sabar rasanya hendak mendengar komen ibu dan abi tentang masakanku. 


Bersambung...

Assalamualaikum Warrahmatullahi Wabarakatuh.
Amin.