Mrs.Suho



 Love(s) Me ♥




Random Cerpen #1
Saturday, June 22, 2013 | 6/22/2013 03:49:00 AM | 0 Ask
In the name of Allah,the Most Gracious and the Most Merciful.
Assalamualaikum Warrahmatullahi Wabarakatuh.


Ayuh teruskan kepada cerpen random ye? ;)
Enjoy ^_^


Wah penat betul hari ini. Banyak pulak kerja kat pejabat tu sampai tak sempat nak dinner dengan family. Mesti ibu dan abi risau akan aku. Kasihan pulak mengenang nasib ibu yang rindu untuk makan malam dengan aku. Apa boleh buat? Bos bagi kerja bertimbun. Esok-esok ajelah aku join ibu and abi dinner. 

"Baru balik ye Nur Dalilah Daimah Binti Haji Muhammad Falilah?" tegur ibuku.

Wah ibu ni kalau dah keluar nama penuh ni memang parah lah nampaknya. Menakutkan betul :3 Ibu siapa lah tu. Eh, ibu aku lah kan? hehehe

"Ye ibu,baru sampai aje. Banyak sangat kerja dekat ofis. Maaf ibu,tak dapat join dinner malam ni."

"Yelah ibu maafkan. Bukan kamu pergi tempat tak betul kan? Kerja jugak. Ibu doakan kamu dapat jodoh yang baik nak,yang sentiasa faham keadaan kamu. Ibu risau dengan kamu,umur dah meningkat 24 tahun masih tak jumpa calon ye?Kerja tu teruk sangat sampai tak sempat cari calon menantu untuk ibu."

"Er er ibu,Daimah pun letih dah ni. Daimah masuk bilik dulu ye bu? Assalamualaikum."

"Tengoklah tu,sebut aje pasal jodoh,mula nak larikan diri,tukar topik,sakit perut. Semua pun ada,satu pakej"Rungut ibu.

Aku mengekek ketawa mendengar rungutan ibu. Ada betul juga omongan ibu itu. Aku sudah lali mendengar ibu bercakap berkaitan jodoh. Abi tak seheboh ibu pun nak carikan jodoh untuk aku. Aku nak kerja dahulu. Cari pengalaman. Tak mahulah aku berkahwin lagi. InshaAllah, jika jodoh aku sudah sampai nanti,aku sendiri akan meminang dia. Apa-apa pun sekarang ni,aku nak tidur. Letih sangat hari ni buat kerja bertimbun. Kalau dapat cuti ni memang sampai subuh pun boleh melepas. hehehe

Pagi itu,ketika aku bersarapan bersama-sama abi dan ibu. Aku hampir tersedak dengan kata-kata yang dilontarkan abiku. Hampir tercekik nasi lemak yang sudah mahu ditelanku. Abi juga sudah mula sebut mengenai jodoh. Aku tahu,jika abi sudah mula bicara sesuatu yang sekepala dengan ibu,pasti perkara itu ialah serius. Aku harus cepat-cepat pergi kerja bagi mengelakkan diri bertemu ibu dan abi. Maaf ibu,abi,bukan Daimah mahu menolak tapi Daimah masih belum bersedia. Harap ibu dan abi mampu memahami perasaan anak emasmu ini.

Wah dekat ofis hari ni aku kurang bekerja. Maklumlah kelmarin sudah cukup banyak kerja yang aku buat jadi aku banyak berehat di tempat kerja. Tiba-tiba,kata-kata ibu tadi pagi terngiang-ngiang di cuping telingaku.

"Ibu risau dengan kamu Daimah. Kalau kamu setuju,ibu teringin nak jodohkan kamu dengan ustaz muda yang tinggal di hujung jalan tu. Dengar kata,dia tu seorang guru Matematik,Agama Islam dan Biologi dekat sekolah lama kamu kan? Umur dia pun tua 4 tahun aje dari kamu Daimah. Ibu suka sangat dengan dia tu."

Aku tersedar dari lamunan lalu berfikir. Hmm,ustaz muda di sekolah lama aku tu bukankah Ustaz Muhammad Ikram? Aku hanya tahu namanya saja,rupanya tidak pernah pula aku lihat sebelum ini. Aduh,kusut aku macam ni. Ibu dah siap bagi warning pulak tu. Nampaknya ibu dan abi memang tegas nak jodohkan aku dengan dia. Alamak,habislah aku!!!

Bagaimana aku nak cari calon suami? Kawan lelaki juga tiada apatah lagi teman lelaki. Ibu dan abi pasti sengaja nak kusutkan aku ni. Mereka pasti dah tahu aku tak dapat carikan calon menantu buat mereka,jadi mereka sengaja meletakkan syarat yang kurang munasabah itu. Aku harus cari jalan. Bagaimana kalau aku culik aje lelaki dekat Malaysia ni? Tapi nanti aku jugak yang nak kahwin. Ahh,kusut kusut!!!

Jam sudah menunjukkan jam 12 tengah hari. Waktu makan tengah hari sudah pun menjengah,aku harus pulang ke rumah. Takut juga aku tidak dapat makan malam lagi dengan ibu dan abi malam ni. Setibanya di rumah,aku kaget. Satu,dua,tiga...lima! Lima buah kereta di hadapan rumah aku? Adik aku nak nikah ke? Eh aku mana ada adik. Takkan aku pulak? Jangan-jangan Ustaz Muhammad Ikram tu tak? Siapa lagi lelaki yang aku kenal selain dia yang sentiasa disebut-sebut oleh ibu dan abi? Tidak! Aku masih belum bersedia menempuh alam perkahwinan! Allah, tolong aku! ....

Bersambung... 

Assalamualaikum Warrahmatullahi Wabarakatuh.
Amin.