Mrs.Suho



 Love(s) Me ♥




Random Cerpen #2
Tuesday, June 25, 2013 | 6/25/2013 02:12:00 PM | 0 Ask
In the name of Allah,the Most Gracious and the Most Merciful.
Assalamualaikum Warrahmatullahi Wabarakatuh.

Sambungan #1

Memang betullah tekaan aku sewaktu diluar rumah tadi. Itu ialah ahli keluarga Ustaz Muhammad Ikram. Aku  pun segera masuk ke dalam rumah dengan penuh tertib dan menyalami ibu dan bapa ustaz itu. Malangnya aku diberitahu bahawa dia tidak datang. Ada juga yang mengatakan sudah menjadi adat melayu jika ingin meminang si perempuan,si lelaki dilarang ikut sekali masuk ke rumah. Aku terus menarik ibu ke dapur menyebabkan ibu terperanjat dengan tindakanku.

"Mengapa mereka datang ke rumah kita ibu?" Aku berpura-pura ingin tahu. Takut juga ibu perasan reaksi aku terhadap kehadiran mereka ke sini.

"Apa lagi Daimah? Mereka datang untuk meminang kamu lah. Sudah,mereka tu baru saja datang. Ibu nak kamu siapkan air ye nak? Ibu tunggu di depan. Tak manis pula ibu biarkan tetamu di depan lama-lama."Pesan ibu.

Aku kena buat air? Jangan gelabah Daimah,kau boleh! Kau boleh! Aku menarik nafas lalu segera menyiapkan air dan membawanya ke depan. Malu juga jika berlama-lama di dapur. Nanti dikatakan anak dara yang tak pernah ke dapur pula. Berangan aje lebih. hehehe

Seusai mereka meminum air teh o panas buatanku,aku disuruh masuk ke dalam bilik. Aku pelik tapi aku turutkan saja permintaan ibu. Hampir 30 minit aku menunggu,kemudian ibu masuk ke dalam kamarku. Ibu memberitahu hajat mereka untuk datang ke sini kepadaku secara perlahan-lahan. Hampir ternganga mulutku,jika dimasukkan eksoz motorsikal ni pun aku rasa boleh muat. Hehehe.. Maklumlah terkejut sangat dengan pinangan mereka. Ibu bertanya kepadaku sama ada aku bersetuju atau tidak.

"Ibu,bagaimana kalau Daimah fikir dulu? Bukan senang nak buat keputusan ibu,lagi-lagi Daimah tak kenal pun siapa dia. Boleh kan ibu?"

Berapa lama kamu nak fikir Daimah? Takpelah kalau macam tu,biar ibu beritahu mereka. Tapi ibu nasihatkan janganlah kamu berfikir lama-lama ye? Dia tu ustaz,Daimah. Ilmunya tinggi,dia tahu apa yang dia lakukan. Ibu doakan yang terbaik walaupun ibu kaget dengan kedatangan mereka secara tiba-tiba."

"Baiklah ibu. InshaAllah,Daimah tak fikir lama-lama ye ibu?" aku menghadiahkan senyuman manisku kepada ibu,kemudian ibu berlgegas pergi ke ruang tamu.

Ibu kembali ke kamarku dengan senyuman gembira sambil memegang sekeping nota comel berbentuk hati lalu menyerahkannya kepadaku. Aku melihat tertera nombor telefon di atas nota itu. Ibu menerangkan  kepadaku bahawa itu ialah nombor telefon ustaz Muhammad Ikram,dia yang sukarela hendak memberi nombornya kepadaku. Cantik! Aku boleh plan sesuatu dengan adanya nombor telefonnya ini. Hehehe

Malam itu,aku mundar-mandir dalam bilik. Apa harus aku lakukan? Perlukah aku menelefonnya dan terus memberitahunya aku tidak mahu berkahwin dengannya? Atau aku hanya menunggu dia untuk menelefonku sendiri? Eh,dia ada nombor akukah?Tidak, aku pening. Aku harus tidur dan menenangkan fikiranku yang runsing ini. Ya, aku perlu tidur!

"Semoga hari esok akan lebih baik daripada hari ini dan aku mampu menyelesaikan masalahku ini dengan baik. Amin." Zzzzz

Bersambung...

Assalamualaikum Warrahmatullahi Wabarakatuh.
Amin.